Thursday, November 5, 2009

Download Streaming Video dari internet

Skang ni banyak dah website yg ada streaming video, contohnya "youtube" , "google video" , "vimeo" dan mcm2 lagi la... format bagi file video ni biasanya FLV atau nama penuhnya (Macromedia Flash FLV Video File Format) , mungkin FLV ni di ambil daripada (Flash Lite Video -> mungkin jer la).. sejak diperkenalkan format baru ini.. maka tumbuhlah website2 yg menawarkan perkhidmatan video streaming sharing..dan yg paling fames "youtube".

Secara asasnya streaming video ni berfungsi mcm ni :
1. Kita buka website yg ada streaming video tu... melalui firefox
2. Firefox akan hantar signal pigi webserver utk dapatkan file video yg kita mo tengok tu
3. Webserver akan bahagikan file video tu pg bahagian yg kecil dan hantar balik ke firefox
4. pastu kita dapatla tengok video tu sikit2 ..kalau tenet connection laju so tak ler tersekat2.

So cemana mo download video tu ?
ni la nak bgtau satu lagi kelebihan guna firefox ni.. sebab kita nak guna dia punya add-on yg dipanggil "Video Download Helper".



Step by step :
1. Install add-on "Video Download Helper"
2. Buka website yg ada video tu..
3. Click button Play.. biar dia play skit dulu..
4. Kalau korang perasan .. ada icon pusing2 (3 bola) sebelah address bar tu..
5. Click "Anak Panah ke Bawah" disebelah icon tu.. pastu dia bagi senarai file yg bole didownload (biasanya *.flv)


6. pastu pilih la option download.



Kalau click icon (3 bola) tu pula dia akan senaraikan list website yg dorang support.. (tapi awas.. tidak sesuai utk yg belum cukup umur).

so depend ngan korang la mo install atau tak..

Wednesday, October 28, 2009

Start Private Browsing...

Satu lagi function baru dalam Firefox.. kalau korang tak perasan.. "Private Browsing" ...




Apa guna benda ni ?... benda ni sebenarnya membolehkan kita surfing d internet tanpa di rekod history , cache , ataupun auto text.. kira2 mcm kita punya private surfing la.. biasanya kalau takder benda ni.. orang akan clear history selepas mlawat satu2 laman web tu.. tapi kalau guna ni .. just click "Start Private Browsing" pastu "Stop", simple dan senang... function ni bagus digunakan kat komputer yg diguna oleh ramai orang .. mcm komp d cyber cafe atau di ofis.. tapi kalau komputer tu korang sorang jer yg guna.. baik tak payah pakai.. sebab ada kemungkinan nanti korang akan tengok History korang sendiri..

kalau nak lebih lanjut pigi la sini Private Browsing

Tuesday, October 27, 2009

My Old PS2

Bekurun suda PS2 aku ni nda be-ON... malas sda aku mo main game.. tapi ntah kenapa mcm tergerak hati mo Hack PS2 tu... cuma.. takut jadi tikus mebaiki labu ja nanti.. ada gak terbaca d website2 yg ajar cemana nak hack.. jadi media center la.. dan install linux.. tapi mcm susah ja...

Idea aku :-

  • PS2 -> Install LINUX = PC (Torrent Downloder Machine), tapi mcm kena kuarkan kos nak beli Hardisk Extension utk PS2 tu.. tak tau kat mana ada jual benda ni.. n brapa harga dia.. kalau murah ja (bwah 50) ok juga la..
  • PS2 -> Install SMS Player = Media Center HUB -> ni aku baca kat blok ni "Turn your PS2 into Home Entertaining HUB" , yg ni aku dah try.. memang berkesan juga la.. cuma.. kalau movie yg besar2 tu kena tunggu lama dia load.. n kadang2 tu pandai hang sendiri..
.. cis wireless controller aku rosak plak... .. (brapa arga ps2 controller skang aa? .. cek kat tamuground kalau ada orang jual... hehehe)

Block Iklan Perosak hahahaha

Kadang2 boring pla tngk iklan yg belambak kat sesebuah website tu kan... kalau tenet ni laju gila baban, nda kesah jga kan, tapi ni macam kura2 baru mo belajar bejalan.... So ada tak cara nak block "ads" yg tanpa diundang tu....

ADAaaa.... tapi dengan syarat... "mesti guna FIREFOX!"

kenapa kena guna firefox?.. sebab kita nak guna PlugIn Firefox yg dipanggil Adblock Plus (ABP), tak tau la kalau browser lain pun ada plugin mcm ni.. tapi stakat ni firefox jer yg ada.

so kalau dah ada firefox, pegi menu Tools ->Add-Ons pastu click button Get Add-Ons, pastu search Adblock ... kalau dah jumpa click ler "Add to Firefox" dan tunggu dia abis install n restart firefox.

pas restart dia tanya nak "lupa lak apa dia tanya tu" tapi takper... click ok jer hahahaha...


Korang akan perasan ada icon "ABP" caler merah  kat tepi address bar tu... so dia tengah running ler tu.. kalau korang click icon tu dia bukak satu window

"Blockable item on this current page".. yg ni dia senaraikan item2 yg kita leh block bagi site yg kita tengah buka tu.. so boleh ler pilih mana2 item yg nak diblock.. bukan stakat iklan ja...


tapi amaciam kalau kita nak pegi satu website yg kita tak nak dia block apa2 kat site tu...
.. senang jer.. Right Click kat icon ABP tu pastu pilih "Disable on sitename.com" atau "Disable on this page only"...  so kalau kita pegi website tu.. dia tak akan block mana2 item dalam tu...


Tips cari lagu kat internet

Ni tips kalau korang tak tau cemana mo cari lagu d internet.

  • First skali, kalau korang tak tau apa tajuk lagu tu.. just bukak google taip ler lirik dia skit.. pastu sure ada ler mamat maner yg ader post lirik dia kat blog.
  • Kalau dah dapat tajuk lagu tu, apa lagi carik ler kat google .. taip jer "Tajuk lagu Mp3 download"
  • banyak result yg kita leh dapat.. tapi yg paling berkesan adalah "www.4shared.com".. check kat google result tu.. link dia kat http://www.4shared.com/....
  • Pastu ikut la arahan kat laman web tu.. senang ja tu.. click dulu button "Download Now" pastu tunggu 10 saat, pastu download ler...

Andai Dapat Ku Undur Masa - AXL

Dalam usik ku merajuk seketika

Laluku pergi meninggalkan dirimu

Tanpa ku duga

Lilin menjadi bara

Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia

Yang tak pernah wujud dalam alam cinta

Belum sempat ku jernihkan suasana

Engkau pula yang hilang

Entah ke mana

Puas sudah ku mencari

Ku tinggalkan pesan

Ku kirimkan berita

Agar dapatku temui dirimu

Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat

Ku undurkan putaran dunia

Inginku ubah semula kata

Dan tingkahlaku yang salah

Agar kita dapat seiring

Di mercu asmara

Tak ingin lagi

Dan tak mahu lagi berpisah

Bukan dengan kerelaan hati

Penyesalan yang tiada kesudahan

Ku tersepit dalam jerat sendiri

Monday, February 2, 2009

Ceramah Persediaan Menjambut Kelahiran Bayi



31hb Jan tu aku ngan bini aku join pula ceramah utk persediaan menyambut kelahiran.. ceramah ni agak penting juga utk suami2 yg nak join dalam bilik bedah nanti..sebab kat situ dorang akan terangkan perkara2 yg bole dan tak bole d buat masa beranak tu. Banyak ilmu yang bole dperolehi dalam ceramah tu.. contohnya.. dorang ada cerita pasal kaedah mengurangkan kesakitan semasa melahirkan.. khasiat susu ibu.. dan cara2 utk menyusukan anak.. info pasal penyakit kuning.. dan macam2 lagi.. cara nak kasi mandi anak pun ada.



Haa ni borang kebenaran utk menemani isteri masa melahirkan

Ni la anak patung dorang kasi masa buat praktikal.